Memandangkan betapa pentingnya SKSM mempunyai Surau yang tersendiri maka Tn Hj Nordin b. Abdul Kadir selaku Guru Besar SKSM telah telah menubuhkan satu jawatankuasa penaja untuk membina sebuah surau di SKSM, kalau sebelumnya segala aktiviti keagamaan ataupun amali solat dilakukan di bilik darjah yang dijadikan tempat sembahyang, tapi memandangkan pertambahan murid yang begitu mendadak sehingga pada ketika itu bilangan murid telah pun hampir mencapai 2000 orang. Keadaan ini mungkin bertambah dengan adanya pembinaan perumahan di kawasan persekitaran yang berhampiran dengan SKSM Di dalam masa Jawatankuasa Pembinaan memikirkan untuk merancangkan Pembinaan Surau tersebut tapi malangnya Tn Hj Nordin telah tamat perkhidmatan nya kerana bersara wajib. Maka tempat beliau telah di ambil alih oleh En Tajul Amal b.Nazri sebagai Guru Besar yang baru bagi meneruskan hasrat untuk terus mewujudkan surau di SKSM .Sebagaimana yang dirancangkan , mesyuarat telah diadakan bagi menjayakan pembinaan ini dapat dimulakan.
Selain daripada berusaha berbagai cara bagi mendapat bantuan kewangan daripada pihak- pihak yang tertentu untuk mendapatkan bantuan bagi memulakan bagi memulakan pembinaan surau itu antaranya:-
- Memohon sumbangan daripada guru -guru di SKSM sebanyak RM100.00 setiap seorang dengan dengan 10 kali ansuran
- Daripada ibu bapa / penjaga murid di sekolah ini dikehendaki menyumbang sebanyak RM 50.00 dengan 5 kali ansuran
- Daripada syarikat - syarikat / Agensi Kerajaan yang ada persekitaran Seri Manjung
- Menghantar lis- lis kutipan derma kepada sekolah- sekolah di seluruh Negeri Perak
- Mengadakan Derma Kilat
- Memohon sumbangan daripada PIBG
Alhamdulillaha, selama 2 tahun pungutan dijalankan dengan berbagai cara, maka pada penghujung tahun 2000 pihak surau SKSM telah dapat merencanakan pembinaan pembinaan surau.
Pada tarikh 3 November 2013 satu majlis meletak kerja serta menentukan arah kiblat serta majlis doa selamat telah diadakan dikawasan Tapak pembinaan oleh Tuan Hj Mohd Jaafar selaku penyelaras Majlis Surau Daerah Manjung. Majlis itu juga turut dihadiri oleh 2 orang pegawai dan jabatan Agama Islam Perak dari bahagian Pengurusan Masjid. Sebelum pembinaan dimulakan satu mesyuarat telah diadakan diantara kontraktor terlibat dengan AJK yang dihadiri oleh En Mohammad Anuar b. Abu Bakar Penghulu Mukim Setiawan yang bertindak sebagai Penanung di dalam Pembinaan surau ini.
Pihak kontraktor telah menerangkan bahawa projek ini adalah untuk surau sahaja yakin tidak termasuk bilik wudhuk dan pendawaian dan ini adalah di tanggung oleh pihak AJK sendiri. Makluman daripada pihak Pejabat Daerah Manjung kerana kos pembinaannya telah meningkat.Tentang perkara- perkara akan dipohonkan kemudian. Pihak AJK telah bersetuju dengan syarat- syarat yang telah ditetapkan pembinaan dimulakan. Walau pun begitu pihak AJK akan berserta dengan apa cara sekali pun bagi mendapatkan bantuan bagi membina tempat wudhuk dan lain- lain keperluan . Ibu bapa dan orang perseorangan telah dapat mengumpulkan wang sebanyak RM 12,000 lagi, disampingkan sokongan daripada seorang kakitangan Pejabat Kemajuan Negeri kita telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM 15,000 lagi bagi pembinaan tempat wudhuk maka awal November Tahun 2001 tersergam indah banggunan surau
annajah .
Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan kesabaran AJK sumbangan daripada pembinaan surau ini telah memudahkan aktiviti keagamaan dijalankan. kerana sebelum ini aktiviti keagamaan ataupunamali solat dijalankan di dalam bilik darjah dan ianya amatlah menyulitkan murid- murid dan guru- guru yang mengajar subjek agama.
Tahun demi tahun berlalu dan pelbagai pembaharuan telah dijalankan di bawah pemantauan Guru Besar Cemerlang Tn Hj Zahidi b.Zulkifli.
Surau An- Najah telah menunjukkan kematangan dan kecemerlangannya dalam aktiviti yang dijalankan mahupun dalam keindahan struktur hiasan dalamannya yang indah dan cantik.
annajah .
Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan kesabaran AJK sumbangan daripada pembinaan surau ini telah memudahkan aktiviti keagamaan dijalankan. kerana sebelum ini aktiviti keagamaan ataupunamali solat dijalankan di dalam bilik darjah dan ianya amatlah menyulitkan murid- murid dan guru- guru yang mengajar subjek agama.
Tahun demi tahun berlalu dan pelbagai pembaharuan telah dijalankan di bawah pemantauan Guru Besar Cemerlang Tn Hj Zahidi b.Zulkifli.
Surau An- Najah telah menunjukkan kematangan dan kecemerlangannya dalam aktiviti yang dijalankan mahupun dalam keindahan struktur hiasan dalamannya yang indah dan cantik.
No comments:
Post a Comment